Home » News & Politics » Selamat Hari Sarawak dari TVSarawak

Selamat Hari Sarawak dari TVSarawak

Written By TVS on Saturday, Jul 21, 2018 | 04:20 AM

 
Tarikh 22 Julai merupakan salah satu tarikh penting dalam sejarah Sarawak. Pada tanggal 22 Julai 1963 Sarawak telah diberikan pemerintahan sendiri. Justeru, 22 Julai diistiharkan sebagai cuti umum Sarawak dan dinamakan sebagai Hari Sarawak. Kewujudan tarikh ini juga mencerminkan budaya, sejarah serta latar belakang rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu serta etnik-etnik minoriti yang lain. Kemakmuran serta keharmonian masyarakat di Sarawak sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat dalam Malaysia dan antarabangsa. Selamat Hari Sarawak dari TVSarawak!