Home » News & Politics » #IMIGRESEN: 77 PATI DITAHAN DI PORT DICKSON [12 JULAI 2017]

#IMIGRESEN: 77 PATI DITAHAN DI PORT DICKSON [12 JULAI 2017]

Written By Berita RTM on Wednesday, Jul 12, 2017 | 12:04 AM

 
Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya dan Negeri Sembilan menerusi Op Mega E-Kad di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan, di Port Dickson malam tadi. Operasi selama dua jam bermula 10.30 malam itu disertai 148 anggota bagi mengesan PATI yang gagal mendaftar di bawah program E-Kad selepas tempoh berbuat demikian berakhir 30 Jun lalu.